Zaman (geologi)

Dalam geologi, zaman atau kadang disebut juga dengan tempoh, adalah pembahagian waktu geologi yang membahagi era menjadi lembaran waktu yang lebih kecil. Istilah yang sama yang digunakan untuk penandaan lapisan batuan dan catatan fosil adalah sistem; kerana, batuan Sistem Devon dibentuk pada Zaman Devon. Walaupun para ahli paleontologi lebih sering merujuk peringkat fauna dibandingkan geologi, istilah ini sering digunakan dalam pembentangan popular paleontologi, termasuk dalam buku dan filem Jurrasic Park.Beberapa zaman dibahagi lagi menjadi unit yang lebih kecil yang disebut kala (epoch). Pada tahun 2004, International Union of Geological Sciences (I.U.G.S.) mengumumkan wujudnya suatu zaman yang disebut Ediakaran pada era Neoproterozoik, suatu penambahan zaman baru yang terjadi setelah 130 tahun.